suria

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Ditahan Polis

Nik Nazmi bersama isterinya Imaan Abd Rahim (kiri) dan peguam Melissa Sasidaran di Balai Polis Jinjang.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis di rumahnya di Denai Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa ADUN Seri Setia itu telah ditangkap kira-kira pukul 9.45 malam Ahad dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Beliau telah ditangkap kerana kesalahan yang sama seperti Adam Adli di bawah Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram.

"Kami akan memulakan siasatan secepat mungkin dan tindakan susulan akan diambil selepas itu," katanya ketika dihubungi The Star Online.

Pemimpin PKR dibawa ke Dang Wangi sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang.

Nik Nazmi dan aktivis pelajar Adam Adli antara penunjuk perasaan yang berkumpul di hadapan kompleks membeli-belah Sogo pada hari Sabtu bagi perhimpunan terhadap sabitan liwat pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan tersebut bermula pukul 4 petang luar Sogo dengan persembahan tarian singa dan seterusnya ucapan daripada Adam, Nik Nazmi dan anak perempuan Anwar, Nurul Nuha Anwar.

Adam ditahan oleh beberapa anggota polis berpakaian biasa ketika perhimpunan itu berakhir pukul 5.15 petang.

Pihak polis cuba menangkap Nik Nazmi di perhimpunan itu, namun tidak berjaya kerana turut bergelut dengan orang ramai yang membantunya untuk melepaskan diri.

Nik Nazmi Nik Ahmad, PKR

Artikel Lain