suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Myanmar Cedera Parah Ditikam Rakan Senegara

KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga Myanmar mengalami kecederaan parah di perut selepas ditikam dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini awal pagi Ahad.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pukul 3 pagi itu mangsa berusia 23 tahun sedang tidur sebelum dia diserang seorang lelaki yang dipercayai rakan serumahnya.

"Suspek yang juga rakan senegara mangsa masuk ke bilik lelaki itu dan terus menyerang dengan menikam perut mangsa menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan parah.

"Lelaki berusia lingkungan 30-an itu mengambil wang tunai sebanyak RM3,000 dan motosikal milik mangsa sebelum melarikan diri serta membiarkan rakannya dalam kesakitan," katanya di sini, Ahad.

Katanya mangsa yang bekerja sebagai buruh itu mendapatkan bantuan jiran untuk menghubungi polis dan dia dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis telah mengenal pasti suspek dan sedang giat memburunya.

Katanya suspek dipercayai bertindak menyamun rakannya bagi mendapatkan wang untuk pulang ke negara asal.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Artikel Lain