suria

Peserta Pasar Tani Tidak Aktif Bakal Disingkirkan

KUALA TERENGGANU: Peserta pasar tani di Terengganu bakal disingkirkan sekiranya tidak aktif berjualan di pasar itu, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu Hasan Jusoh.

Beliau berkata pihaknya mendapati ada peserta yang tidak aktif kebelakangan ini dan mereka diberi peluang sehingga Jun ini sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai peserta.

"Ini kerana ramai lagi peniaga yang ingin menyertai jualan di pasar tani, yang kini semakin menjadi tumpuan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan limau kepada pengunjung Pasar Tani Padang Hiliran di sini hari ini bersempena Tahun Baharu Cina.

Ketika ini terdapat 24 pasar tani melibatkan 1,500 peserta di seluruh Terengganu.

Hasan berkata Fama akan membuka empat lagi pasar tani pada tahun ini iaitu dua di Kuala Nerus dan masing-masing sebuah di Marang dan Besut.

Pasar Tani, Fama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain