suria

Tengku Mahkota Kelantan Ziarah Keluarga, Pusara Nik Aziz

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa'iz Petra Sultan Ismail Petra (tengah) mengaminkan doa ketika menziarahi kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada Khamis. --fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra pada Khamis berkenan menziarahi keluarga bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.

Tengku Muhammad Faiz yang berangkat tiba pada kira-kira 5.30 petang, disambut isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anaknya Nik Mohamad Abduh dan beberapa anggota keluarga yang lain.

Hadir sama bonda saudara Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra.

Baginda yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumah keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz selepas itu menziarahi pusara arwah.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, meninggal dunia 12 Februari lepas akibat kanser prostat.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penganggur Maut Dibelasah Rakan

Artikel Lain