suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Hilang Ditemui Mati Lemas

Gambar hiasan.

BACHOK: Seorang daripada dua beradik yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Irama di sini pagi Khamis, ditemui mati lemas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Razak Abdul Rahman berkata mayat Mohd Faiz Mat Adam, 19, ditemui anggota skuba bomba pada pukul 11.14 pagi.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mangsa mandi bersama abangnya dan seorang rakan mereka," katanya.

Dalam kejadian 9 pagi itu, abangnya Mohd Firdaus, 24, belum ditemui  sementara rakan mereka Raja Amir Hamzah, 11, berjaya diselamatkan orang ramai.

Mayat Mohd Faiz telah dituntut keluarganya di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu untuk dikebumikan.

Lemas, Pantai Irama

Artikel Sebelum

Penganggur Maut Dibelasah Rakan

Artikel Berikut

Artikel Lain