suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Acara 'Makan Besar' Terganggu Akibat Kejadian Tanah Runtuh Di Taiping

IPOH: Bagi penduduk di Taiping yang berbangsa Cina,  permulaan sambutan tahun kambing mereka tidak begitu baik.

Ketika rakan yang lain dapat bersama-sama ahli keluarga untuk acara 'makan besar', penduduk di Taman Taiping Villa bimbang rumah mereka akan musnah berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira pukul 7.35 petang Rabu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid berkata berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang di sepanjang 150 meter Jalan Taiping Villa selepas hujan lebat selama beberapa jam.

"Tanah runtuh itu juga menyebabkan pagar di dua buah rumah yang terletak pada jarak enam meter dari kaki bukit, runtuh.

"Pencawang kuasa juga tertimbus dan atas sebab-sebab keselamatan, bekalan kuasa ke seluruh kawasan itu telah diputuskan," katanya sambil menambah jalan utama menuju ke kawasan perumahan mewah itu telah ditutup kepada lalu lintas berikutan kejadian tanah runtuh itu.



Tiada kecederaan dilaporkan ekoran kejadian itu.

"Kebanyakan penduduk telah meninggalkan rumah mereka manakala kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pembersihan," tambah Hasna.

Hujan lebat dari pukul 4 petang hingga 7 petang itu juga menyebabkan banjir kilat dengan air naik hingga ke paras pinggang di beberapa kawasan termasuk Kampung Baru Expo Kamunting.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SKMM Elak Polisi Berbaur Rasuah

Artikel Lain