suria

Tiga Hasrat Tiong Lai Sempena Tahun Baru Cina

Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) bersama isterinya, Datin Seri Lee Sun.
KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau ingin melihat perpaduan dalam politik yang belum pernah terjadi  sebelum ini, ditampilkan menerusi kesederhanaan demi generasi masa depan negara.

Ini antara tiga hasratnya untuk tahun akan datang - dua lagi ialah melihat kejayaan dalam ekonomi demi pembangunan negara yang mampan serta mengukuhkan lagi pendidikan bagi melahirkan lebih banyak modal insan kepada Malaysia.

Dalam perutusan Tahun Baharu Cina beliau, Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan, menyeru rakyat Malaysia supaya belajar menghormati orang lain dan mengelak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan.

Selain itu, dalam berurusan dengan hubungan antara kaum, beliau berkata keikhlasan adalah formula paling berkesan untuk meningkatkan persaudaraan.

"Perlu diingat bahawa dalam era teknologi maklumat ini, kita mesti lebih mendisiplinkan diri dalam mengeluarkan kata-kata kita bagi mengelak kesangsian antara kaum dan kekecohan orang ramai," katanya.

Tiong Lai berkata bahawa kesederhanaan dan pendirian yang kukuh terhadap ekstremisme adalah satu-satunya cara yang mungkin untuk rakyat berbilang kaum di Malaysia agar terus menjadi sebuah negara yang progresif dan aman.

Beliau juga mengambil kesempatan menyeru rakyat Malaysia untuk kekal bersatu dalam keadaan prospek ekonomi dunia yang tidak menentu berikutan kejatuhan harga minyak yang juga telah menjejaskan Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain