suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PPIM Syor Kerajaan Kawal Harga Barang Di Peringkat Pengeluar, Pembekal

Datuk Nadzim Johan
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah proaktif mengawal harga barangan dari peringkat pengeluar dan pembekal. 

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pemantauan biasanya dilakukan terhadap peruncit, sedangkan para pengeluar dan pembekal juga memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan di pasaran.

Beliau berkata usaha untuk menurunkan harga barang di peringkat peruncit tidak akan berjaya jika pihak pengeluar masih mengenakan harga yang tinggi walaupun kos operasi berkurangan selepas penurunan harga minyak.

"Sebagai contoh, baru-baru ini harga gas LPG 14 kg daripada pembekal kepada peruncit ialah RM25.10, dalam tempoh beberapa hari, harga gas telah dinaikkan kepada RM25.50 sedangkan harga siling yang ditetapkan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) masih RM26.60.

"Margin jualan yang diperolehi peruncit semakin mengecil, sepatutnya harga gas turun kerana harga minyak telah turun, jadi kita tak tahu apa rasional kenaikan harga ini," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Sementara itu, Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) juga turut meminta kerajaan memantau harga di peringkat pengeluar dan pembekal. 

Datuk Nadzim Johan, PPIM, Mawar

Artikel Berikut

Artikel Lain