suria

JPJ Johor Keluar Saman 1,509 Dalam Ops Tahun Baharu Cina

MUAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 1,509 saman melalui Ops Tahun Baharu Cina yang dilancarkan sejak 12 Februari lalu sehingga Isnin.

Pengarahnya Johari Yusof berkata 226 saman dikeluarkan terhadap penggunamotosikal, kereta (136 saman) dan lain-lain kesalahan membabitkan kenderaan lain seperti bas dan lori (1,147 saman).

"Kita menekankan kepada tujuh kesalahan sepanjang ops ini iaitu gagal patuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai topi keledardan tidak memakai tali pinggang keledar.

"Ops ini akan berakhir pada 27 Februari ini dan kita memberi ingatan kepada pengguna jalan raya, sepanjang waktu itu pegawai JPJ kita akan berada dimana-mana," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Terminal Bas Bentayan sempena ops berkenaan di sini, Isnin malam.

Johari berkata pihaknya akan menumpukan di 16 lokasi yang sering berlakunya kemalangan di negeri ini dengan mengadakan penguatkuasaan statik selain di stesen penguat kuasa jabatan itu.

Johari berkata JPJ juga mengadakan Ops Motosikal yang menumpukan 56 lokasi di negeri ini bermula 14 Feb lalu sehingga 22 Februari ini.

"60 peratus penyumbang kepada kemalangan keseluruhan sebelum ini adalah daripada motosikal," katanya.

Sementara itu Johari berkata sepanjang ops berkenaan, enam depoh syarikat bas ekspres di seluruh Johor akan dikunjungi pegawai jabatan itu bagi memeriksa tahap keselamatan bas yang akan digunakan sepanjang perayaan tersebut.

Beliau berkata 65 bas diperiksa dengan dua daripadanya tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kerana keadaan bas yang tidak selamat. 

JPJ Johor, Saman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain