suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ngeh Tetap Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Ismail Sabri

Ngeh Koo Ham.
IPOH: Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau dan keluarganya sebagai anti Islam.

Ngeh berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan terhadap Ismail Sabri.

"Dia ada tempoh tujuh hari untuk menarik semula kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada saya dan juga keluarga, jika gagal berbuat demikian saya akan mengheret perkara ini ke mahkamah.

"Saya bertindak demikian bukan untuk menyamannya tetapi beliau amat degil dan bongkak," kata Ngeh kepada pemberita di sini Jumaat.

Pada Selasa lalu, Ngeh memberi Ismail Sabri tempoh 48 jam untuk meminta maaf dan menarik kenyataannya yang menggesa orang Islam untuk memboikot restoran kopitiam Old Town White Coffee yang kononnya didakwa milik Ngeh dan keluarganya.

Sehingga hari ini, Ismail Sabri enggan memohon maaf.

Ngeh yang sekali lagi menegaskan beliau tidak memiliki pegangan saham di Old Town Bhd turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat Ismail Sabri kerana terus didakwa berbohong untuk mengelak bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut.

Artikel Lain