suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Maklumat Terkini Kehilangan Pesawat Diumumkan DCA Petang Ini

PETALING JAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengadakan sidang media pada pukul 3.30 petang untuk memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. 

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu. 

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai operasi mengesan pesawat berkenaan, bertegas menyatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi. 

Ketua Koordinator, Judith Zielke berkata tugasan paling kritikal adalah untuk menentukan kawasan carian dan usaha berkenaan dijalankan  oleh kumpulan pakar daripada beberapa negara. 

Sehingga kini pencarian di bawah permukaan air telah merangkumi kawasan seluas 6,900 kaki persegi, yang menjangkaui keluasan Negeri Sembilan. 

MH370, MAS, Jabatan Penerbangan Awam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain