suria

MIC: Zahid Akan Temui ROS, Palani & Subra

Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan dengan MIC dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan bagi membantu menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan menemui Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Akan ada mesyuarat minggu depan (bagi membincangkan masalah dalaman MIC).

"Lebih baik hasil pertemuan itu diumumkan Presiden MIC dan timbalannya," katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara pada Khamis.

Zahid juga meminta semua ahli MIC supaya bertenang kerana pihak ROS sedang menjalankan tugas mengikut perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

"Saya akan bantu sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Ahmad Zahid Hamidi, MIC, ROS

Artikel Berikut

Artikel Lain