suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Palanivel, Subra Setuju Adakan Moratorium

G. Palanivel.
PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel bersetuju untuk membuat moratorium (penangguhan) bagi membolehkan satu perbincangan diadakan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha menyelesaikan krisis parti yang berlaku. 

"Saya bersetuju untuk mengadakan moratorium dengan kedua-dua pihak agar dapat mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional dalam usaha untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan krisis ini," kata Palanivel dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Palanivel berkata beliau dan timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, akan 'tarik diri' kerana mereka tidak mahu krisis parti terus berlanjutan. 

"Kami akan mengadakan moratorium. Saya tidak mahu krisis parti terus berpanjangan," kata Palanivel. 

Beliau berkata moratorium tersebut akan memberikan beliau dan timbalananya, Dr S. Subramaniam 'tempoh bertenang untuk menyelesaikan krisis yang berlaku'. 

"Kami akan bertemu dan menentukan apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil untuk memuaskan hati semua pihak secepat mungkin," tambahnya.
Palanivel, moratorium, krisis MIC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain