suria

Gadis Mangsa Asid Atasi Trauma

Wajah terbaharu Tan Hui Linn.

GEORGE TOWN: Mangsa serangan asid yang terselamat, Tan Hui Linn kini berani berhadapan dunia dengan semangat dan keyakinan baharu.

"Saya boleh berjalan tanpa topeng dan cermin mata hitam yang menjadi satu kemestian sebelum ini. Pembedahan pembetulan muka di Korea Selatan telah banyak membantu.

"Saya tidak perlu kisah lagi dengan pandangan pelik atau renungan orang ramai terhadap saya sebelum ini jika keluar ke tempat awam," kata Tan yang terbang ke Korea Selatan pada Khamis untuk pembedahan pembetulan keenam wajahnya.

Tan, yang sedang menunggu keputusan ACCA dan ibunya menjadi mangsa serangan asid oleh bapanya di rumah mereka di sini pada Oktober 2009.

Keadaan wajah Tan yang menjadi mangsa serangan asid oleh bapanya sendiri pada 2009.
Ibunya yang berusia 50 tahun ketika itu meninggal dunia manakala Tan telah buta di mata kanan dan mempunyai parut hodoh pada muka dan badannya.

Seperti mana-mana belia, Tan, 22, kini boleh bersiar-siar dan mengambil gambar dengan rakan-rakannya.

"Saya boleh menikmati sinaran matahari dan mahu teruskan hidup dengan sebaiknya.

"Kini saya tidak mempunyai masalah untuk memberitahu orang ramai tentang masa lalu saya. Tidak seperti sebelum ini apabila saya akan berasa janggal setiap kali orang bertanya mengenai parut saya.

"Sebelum ini saya juga tidak suka melihat cermin atau mengambil gambar. Tetapi saya berasa hebat sekarang kerana berjaya mengatasi 'hantu masa lalu' saya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tan berkata, dia juga tidak sabar untuk mengunjungi Pulau Jeju di Korea Selatan yang sepatutnya ditaja oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Ooi yang telah menaja Tan sejak rawatan keempat berkata, Tan akan diberi suntikan tisu lemak stem sel pada muka, rawatan laser dan lima hari menjalani proses pemutihan.

Beliau berkata rawatan Tan akan bermula pada 3 Februari dan dia dijangka pulang pada 11 Februari.

Selain itu Ooi berkata beliau telah membawa Tan bertemu dua pakar mata di dua hospital swasta tempatan dan kedua-duanya bersetuju bahawa kornea kirinya yang telah menjalani pembedahan sebelum ini lemah dan perlu pembedahan lanjut.

Tan Hui Linn

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sesat di Jabal Rahmah

Artikel Lain