suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjutkan Hingga 10 Februari

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang akan berakhir esok (25 Januari) dilanjutkan lagi sehingga 10 Februari, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung yang merangkumi enam daerah di kawasan pantai timur Sabah itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan selain atas permintaan banyak pihak.

"Selepas mengambil kira beberapa faktor keselamatan, saya terpaksa melanjutkan perintah berkurung ini selepas fasa kesebelas akan tamat mulai esok," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Fasa pertama perintah berkurung dari 7 malam hingga 5 pagi di kawasan Esszone dikuatkuasakan pada 19 Julai lalu berikutan beberapa insiden penculikan melibatkan rakyat tempatan dan asing di beberapa daerah di timur Sabah. 


Artikel Berikut

Artikel Lain