suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rundingan Pembebasan Zakiah Tertangguh

KOTA KINABALU: Rundingan untuk membebaskan anggota polis marin, Konstabel Zakiah Aleip kini tertangguh berikutan tindakan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf menuntut wang tebusan yang lebih tinggi.

Masalah timbul apabila Zakiah sering dipindahkan kerana operasi ketenteraan yang dilancarkan Filipina di kepulauan Jolo.

Pesuruhjaya Tinggi Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menambah, Zakiah dipercayai dalam keadaan kesihatan yang baik dan tidak dijangkiti penyakit.

"Tuntutan mereka masih terlalu tinggi," katanya pada Sabtu tetapi enggan memaklumkan jumlah tebusan yang diminta kumpulan pengganas itu.

Zakiah dilarikan dari kawasan pusat peraginan Pulau Mabul di Semporna pada 12 Julai tahun lalu.

Sumber di Filipina memaklumkan kumpulan Abu Sayyaf menuntut RM3 juta dan kemudian dikurangkan kepada RM1.5 juta sebelum menaikkan nilai itu.

Jalaluddin berkata, pihaknya berpeluang bercakap dengan Zakiah dan memaklumkan kepada isterinya, Sharifah Erna Berson perkembangan semasa mengenai suaminya.


Artikel Berikut

Artikel Lain