suria

Pilihan Raya PBT: MT Umno - Hadi Sependapat

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan setuju dengan kenyataan Presiden PAS mengenai pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP boleh mencetuskan rusuhan kaum umpama tragedi 13 Mei.

Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu yang turut berkongsi pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, wujudnya risiko jurang perbezaan ekonomi yang besar jika pilihan raya itu diadakan.

"Diketahui umum bahawa rakyat negara ini selalunya mengundi berasakan latar belakang kaum dan ia akan lebih jelas dilihat menerusi pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.

"Situasi ini berlaku dalam kawasan bandar dan juga pihak berkuasa tempatan di luar bandar, sebelum timbulnya perasaan marah dan kesangsian.

"Saya harap DAP dapat belajar daripada sejarah dan memahami bagaimana kompleksnya situasi ini," katanya menerusi kenyataannya di laman Facebook, Sabtu.

Abdul Rahman berkata, beberapa kelebihan untuk melantik wakil selain pilihan raya, antaranya menggantikan pegawai yang tidak berkesan serta mereta tanpa menunggu pilihan raya seterusnya.

Kelebihan lain adalah kesinambungan pentadbiran antara kerajaan negeri dan PBT.

"Contoh terbaik adalah ketika berlakunya banjir besar baru-baru ini.

"Di sesetenah neara, hanya kerana pihak berkuasa tempatan dilantik menerusi pilihan raya, mereka ada kuasa ketika berlakunya bencana dan sekali gus boleh mengganggu gugat keupayaan kerajaan Pusat atau negeri untuk bertindak segera.

"Di negara berkenaan, pengisytiharan darurat oleh kerajaan Pusat diperlukan sebelum bantuan disalurkan ke kawasan yang ditadbir pihak kerajaan tempatan.

"Keadaan ini menyebabkan berlaku kelewatan dan maklumbalas yang lambat jika berlaku bencana seperti musibah banjir." katanya.

Hadi pada Jumaat berkata, tindakan DAP mendesak untuk diadakan pilihan raya itu di Pulau Pinang akan melebarkan jurang antara kaum Cina yang majoritinya menetap di bandar, seterusnya mencetuskan rusuhan umpama 13 Mei 1969.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ng Tien Chee dengan pantas menyangkal dakwaan Hadi dengan menyatakan pilihan raya itu bertujuan untuk memperbaiki keberkesanan PBT dan menyemarakkan hak demokrasi.













Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain