suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda MCA Pantau Hudud PAS Kelantan

Chong Sin Woon.
KUALA LUMPUR: Pemuda MCA akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau pelaksanaan hukum hudud PAS di Kelantan.

"Terdapat dua kesilapan dalam pelaksanaan hukum ini.

"Ada yang berkata hukum hudud PAS tidak akan memberi kesan kepada bukan Islam tetapi kebenarannya semua akan terjejas sebaik sahaja ia diwartakan sebagai undang-undang," kata ketuanya, Chong Sin Woon kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pemuda MCA Pusat di Wisma MCA di sini, Khamis.

"Salah anggapan kedua adalah persepsi bahawa ia hanya akan dilaksanakan di Kelantan. Sebaik sahaja Kelantan diberi lampu hijau untuk melaksanakan undang-undang itu, negeri lain akan mengikutinya," kata Sin Woon.

Beliau menggesa rakyat Malaysia yang bersederhana untuk bersuara dan tidak menjadi majoriti senyap di dalam isu ini.

Pada tahun lalu, kerajaan Kelantan menangguhkan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 29 Disember lalu bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai hukum hudud berikutan banjir teruk yang melanda negeri itu.


MCA, PAS, hukum hudud

Artikel Lain