suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiausaha Agung MIC Lancar Mogok Lapar

G. Kumaar (tengah) ditemani Sivasubramaniam (kiri) dan Rajasekaran.
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung MIC yang baharu dilantik, Datuk G.Kumaar Aamaan melancarkan mogok lapar di perkarangan pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membantah keputusan pertubuhan tersebut yang enggan mengiktiraf jawatannya.

G.Kumaar yang hadir bersama penyokongnya dari kem Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel berkata beliau akan tidur di luar perkarangan bangunan ROS di Jalan Diplomatik 2 dan hanya akan minum air sahaja.


Beliau akan terus berbuat demikian sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) menukar Ketua Pengarah ROS dan beberapa pegawai lain yang terlibat dalam siasatan pemilihan semula parti itu.

"Saya melakukannya untuk masyarakat India dan saya akan mogok lapar sehingga nafas terakhir saya sekiranya terpaksa," katanya.

G. Kumaar ditemani ahli jawatankuasa kerja pusat MIC (CWC) K.P Samy, Ketua Penerangan MIC, L. Sivasubramaniam dan peguam parti itu, T. Rajasekaran.

Kumpulan tersebut terlebih dahulu berkunjung ke pejabat ROS untuk bertemu Ketua Pengarah bagi membincangkan mengenai pembatalan jawatan Setiausaha Agung dan CWC MIC sebelum tempoh 90 hari yang ditetapkan bagi pemilihan semula parti tersebut.

MIC, ROS

Artikel Lain