suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Bekas Duta Malaysia Di Peru Selamat Dikebumikan

PETALING JAYA: Jenazah bekas Duta Besar Malaysia di Peru, Datuk Ahmad Mokhtar Selat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 8, Kota Damansara, Selangor, Khamis.

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada 12 tengah hari selepas dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al Ehsan, Kelana Jaya.

Turut hadir pada upacara pengebumian itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Allahyarham Ahmad Mokhtar meninggal dunia jam 7.40 malam tadi pada usia 66 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat penyakit barah.

Anak bongsu arwah, Melor Hidayah, 34, berkata bapanya amat komited dalam tugasnya dan pernah bertugas di beberapa negara seperti Indonesia, India, Korea Selatan, Kuwait, Venezuela, Amerika Syarikat dan Turki.

"Beliau sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawabnya untuk Malaysia dan sangat sayangkan tugasnya serta amat komited.

"Beliau seorang yang istimewa, sentiasa mengutamakan negara, sentiasa berkorban untuk keluarga dan negara," katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Jeliah Ghalim dan tiga anak.

Ahmad Mokhtar, yang bertugas sebagai duta Malaysia di Peru selama tiga tahun sehingga 1999 pernah menjadi tebusan kumpulan gerila Tupac Amaru bersama ramai diplomat negara lain di kediaman duta Jepun di Lima pada Disember 1996.

Artikel Lain