suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KDN Tahan CD Kalimah 'Allah' Sehingga Rayuan Selesai

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya dalam permohonannya untuk menahan lapan cakera padat (CD) mengandungi kalimah  'Allah' daripada diserahkan kepada pemiliknya sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan bulan hadapan. 

Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Asmabi Mohamad membenarkan permohonan penangguhan sementara menunggu rayuan.

CD milik Jill Ireland telah dirampas pada 11 Mei 2008, di terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) di Sepang, apabila beliau pulang dari Indonesia.

KDN kemudian telah menahannya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), kerana ia melanggar garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pada Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Zaleha Yusof telah mengarahkan CD itu dikembalikan kepada pemiliknya tetapi tidak menetapkan tempoh masa ia perlu dipatuhi.
CD kalimah 'Allah', Jill Ireland

Artikel Lain