suria

Pergaduhan Di Kalangan Peniaga, i-City Tutup Sementara Operasi

Gambar rakaman CCTV menunjukkan pergelutan di antara pasukan keselamatan i-City dan peniaga haram di bilik keselamatan.
SHAH ALAM: Pusat pelancongan popular i-City telah menutup operasinya di Leisure Park @ i-City selama tiga hari bagi memprotes peningkatan jumlah peniaga haram di premisnya.

Penutupan tiga hari bermula pada Selasa, ekoran pertelingkahan di kalangan peniaga.

Keputusan itu dijangka menyebabkan pemaju  i-City,  i-Berhad menelan kos kerugian jutaan ringgit.

Dalam satu kenyataan kepada The Star, Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata keputusan itu adalah langkah dalaman untuk merancang tindakan yang sesuai terhadap aktiviti perniagaan secara haram.

"Kegiatan kumpulan peniaga haram giat dijalankan sejak beberapa bulan lalu sehingga ke tahap ia bukan sahaja melibatkan perniagaan secara haram, tetapi juga mula memberi kesan kepada keselamatan awam.

"Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berterusan kerana imej Leisure Park @ i-City sebagai tarikan pelancongan yang selamat dan terjamin akan menerima kesan buruk," katanya.

Leisure Park adalah sebuah pusat hiburan keluarga yang terletak di tanah berkeluasan 10 hektar tanah dan mempunyai empat tema utama -City of Digital Lights, SnoWalk, Waterworld dan FunWorld.

Ia menarik sehingga 90,000 pengunjung ke lokasi ikoniknya termasuk muzium lilin, Red Carpet, Space Mission dan juga Trick Art Museum.

Para peniaga telah didakwa 'memaksa' pelawat untuk membeli barang perhiasan pada harga yang mahal di dalam premis i-City.

Marahkan peniaga, beberapa pelancong membuat laporan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

i-City kemudian meningkatkan keselamatan tetapi para pengawal diugut dan dikasari oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian terbaru, pengurus taman Gan Choon Kui membuat laporan polis pada 18 Januari selepas dia telah diancam oleh peniaga-peniaga di dalam bilik keselamatan kerana merampas barangan yang dijual secara haram.

Sebagai langkah sementara, keselamatan telah ditingkatkan tetapi Eu menegaskan bahawa kuasa penguatkuasaan berada di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam dan polis.

"Kita tidak boleh mengambil ringan isu ini kerana keyakinan pelabur akan terjejas.
i-City, i-Berhad, Datuk Eu Hong Chew

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain