suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Rakyat Malaysia Nahas Jalan Raya Di Songkhla

Keadaan van terbalik yang mengorbankan pemandu dan enam penumpang di Wilayah Songkhla, Thailand. -foto Twitter TichilaThaipbs

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar pada Isnin mengesahkan dua rakyat Malaysia adalah antara 14 orang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Jumaat lepas di Jalan Hatyai-Chana, Wilayah Songkhla, Thailand.

Menurut satu kenyataan, warga Malaysia itu dikenali sebagai Abd Halim Ismail yang masih belum sedarkan diri dan sedang menerima rawatan di Hospital Hatyai manakala Ab Karim Alias pula telah mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Daerah Chana.

Kenyataan itu menjelaskan, Ab Karim hanya cedera di bahagian peha serta patah tangan kanan dan telah dibenarkan pulang pada hari kejadian.

Kementerian Luar menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla akan terus memantau perkembangan Abdul Halim dan akan memberikan bantuan sewajarnya.

Kemalangan sekitar 4.45 pagi itu mengorbankan pemandu van warga Thailand serta enam warga Kemboja apabila bas yang mereka naiki terbabas dan menjunam ke dalam parit di tengah lebuh raya.

Artikel Lain