suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahanan Warga Afrika Mati Akibat Kompilasi Jantung

GEORGE TOWN: Seorang tahanan warga Afrika, mati akibat komplikasi jantung ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), awal pagi Ahad.

Phil Pott Fred, 63, dimasukkan ke HPP sejak semalam disebabkan mengalami bisul pada kaki kanannya sebelum disahkan meninggal pada 5.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki terbabit ditahan di daerah Barat Daya atas kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, baru-baru ini.

"Suspek yang ditahan di Penjara Reman Pulau Pinang itu sepatutnya menghadiri perbicaraan kesnya di mahkamah pada 9 Februari," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan luar dikesan pada mayat lelaki itu dan doktor mengesahkan kematiannya disebabkan komplikasi jantung.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain