suria

Yayasan Golf Amal TSM Sumbang RM400,000 Untuk Pemulihan Banjir

Muhyiddin (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek daripada Presiden TSMCG, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi (dua, kiri) kepada Zuraidah (dua, kanan) pada majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir di Kuala Lumpur Golf Club and Country (KLGCC), Ahad.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  menyerahkan sumbangan daripada Yayasan Golf Amal TSM (YGATSM) sebanyak RM400,000 kepada dua badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan di negeri-negeri pantai timur yang dilanda banjir.

Sejumlah RM200,000 disumbangkan kepada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), manakala RM200,000 kepada Mercy Malaysia.

Pada majlis yang sama yang diadakan di Kelab Golf Kuala Lumpur di sini, Muhyiddin yang juga pengasas dan penaung YGATSM turut menyaksikan sumbangan RM200,000 oleh DRB-Hicom kepada Mercy Malaysia.

YSS diwakili pengerusinya Datuk Zuraidah Atan, Mercy Malaysia diwakili Pengarah Wilayahnya Norazam Ab Samah dan DRB-Hicom oleh Ketua Pegawai Kewangannya Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Sementara itu, presiden YGATSM Tan Sri Mohd Effendi Norwawi berkata, yayasan itu bekerjasama dengan kedua-dua badan bukan kerajaan tersebut kerana mereka menpunyai jaringan tenaga kerja yang luas serta teratur dan berkesan.

"Ini akan memastikan kerja-kerja pemulihan di lapangan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan sumbangan dapat disalurkan kepada kumpulan sasar," katanya dalam satu sidang akhbar.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain