suria

Mua'amar Ghadafi Jamal Presiden MBM Baharu

Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaluddin pada Ahad menang tanpa bertanding jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi sesi 2014-2016 pada pemilihan anggota jawatankuasa kerja majlis itu di sini.

Mua'amar Ghadafi Jamal dari Gerakan Belia 4B Malaysia menggantikan Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang menjawat jawatan itu bagi dua penggal berturut-turut sebelum ini.

Sementara bekas Setiausaha Agung MBM Mohd Zaidi Aziz turut menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden MBM.

Jawatan setiausaha diisi Ahmad Saparudin Yusup (Angkatan Belia Islam Malaysia).

Pemilihan anggota jawatankuasa MBM, yang diadakan sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan ke-63 majlis itu dihadiri 346 perwakilan.

Mesyuarat turut memilih 12 Anggota Jawatankuasa Kerja daripada 17 calon yang bertanding.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain