suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Lori Maut Ditembak

JOHOR BAHARU: Seorang pemandu lori maut ditembak di hadapan rumah rakannya di Bandar Putra, Kulaijaya, awal pagi Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Tan Moh Chuan berkata M.Magen, 32, cedera parah akibat terkena beberapa das tembakan dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kulaijaya, di sini.

Tan berkata Magen ditembak dari jarak dekat dalam kejadian kira-kira 3 pagi oleh suspek yang dipercayai menunggang motosikal.

Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian dan satu pasukan khas ditubuh bagi menyiasat kes tersebut secara terperinci.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh, katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya 07-6632222.

Artikel Berikut

Artikel Lain