Kembar Siam: Terkejut Pegawai Zakat Minta Maaf - Semasa | mStar

Kembar Siam: Terkejut Pegawai Zakat Minta Maaf

Tiga daripada enam tanggungan Rosli termasuk Ahmad dan Muhammad yang memerlukan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk lampin pakai buang serta beg najis sejak 13 tahun lalu.

PETALING JAYA: Rosli Abdul Rahim, bapa pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, terkejut apabila tiba-tiba rumahnya dikunjungi tetamu yang tidak disangka-sangka pada petang Khamis.

Ketika itu, beliau sedang bekerja di bengkel berdekatan rumahnya di Kampung Tengah, Puchong selepas mengambil kedua-dua anak istimewanya pulang dari sekolah.

Insiden ini berlaku selepas mStar Online melaporkan berita mengenai kesulitan yang dialami Rosli sekeluarga sehinggakan serik untuk mendapat bantuan.

"Saya terkejut apabila seorang pegawai Lembaga Zakat Selangor datang ke rumah. Waktu itu saya sibuk di bengkel. Pada mulanya, saya tertanya-tanya juga siapa orang tu, kenapa dia datang.

"Rupa-rupanya dia datang untuk bertanyakan mengenai borang permohonan bantuan Along (Ahmad) dan Angah (Muhammad). Dia minta maaf sebab kesulitan yang dialami ketika berurusan dengan mereka selama ini," katanya kepada mStar Online.

Rosli yang bekerja sendiri berkata, pegawai itu meminta beliau  menghantar semula borang permohonan ke pejabat cawangan Bandar Puteri untuk mendapatkan bantuan perubatan, Isnin ini.

"Dia kata tak perlu kepilkan sekali salinan pengesahan doktor tapi saya kata dalam proses nak dapatkan surat pengesahan," katanya.

Bagaimanapun, Rosli berkata, beliau bersyukur kerana masalah dalam mendapatkan bantuan untuk menyediakan keperluan dua anaknya yang sepanjang masa memerlukan lampin pakai buang dan beg najis itu akhirnya mendapat perhatian pihak berwajib.

"Oleh kerana saya bekerja sendiri kadang-kala bayaran lambat masuk. Jadi waktu itu saya ada masalah nak beli barangan keperluan mereka. Saya amat bersyukur kepada Allah, sekurang-kurangnya bebanan saya dapat diringankan sedikit," katanya.

Pada masa sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada portal mStar Online yang mendedahkan mengenai kesulitan yang dialami keluarga tersebut.

"Terima masih kepada mStar Online kerana membuat liputan mengenai Along dan Angah. Saya terkejut kerana dalam masa singkat terus dapat perhatian pihak berwajib," katanya.

Baru-baru ini, mStar Online melaporkan mengenai dugaan yang dihadapi Rosli selepas dua anaknya berjaya dipisahkan 13 tahun lalu, ketika berusia empat tahun menerusi pembedahan yang mencatat sejarah itu.

Beliau mendakwa sudah serik dan berputus-asa untuk turun naik pejabat kerajaan kerana terlalu banyak karenah birokrasi dan prosedur yang merumitkan.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, pihaknya sedang menyiasat mengenai aduan tersebut.

Katanya, berdasarkan rekod pihaknya, Rosli pernah memohon untuk mendapatkan bantuan perubatan dua tahun lalu.

"Rekod kami menunjukkan Rosli pernah mengemukakan permohonan bantuan perubatan bagi kedua-dua anaknya itu pada 2013 dan 2014," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Malah, Norajun menegaskan kedua-dua permohonan tersebut diluluskan LZS di bawah kategori asnaf gharimin.

"Bagaimanapun menurut aduan yang tersiar, pihaknya sedang menyiasat perkara itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain