suria

Ketua Hakim, Peguam Negara Kutuk Tindakan Segelintir Peguam

Arifin (depan dua dari kiri) bersama (depan dari kanan) Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif berarak bersama para Hakim sempena Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2015 di sini hari ini. Turut sama ialah Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong (kiri).

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengutuk tindakan segelintir peguam yang mengkritik badan kehakiman melalui media sosial.

Arifin berkata, amat mengecewakan untuk menyatakan bahawa segelintir peguam telah berulang kali menggunakan media awam dan atau forum awam untuk membuat kritikan tidak berasas terhadap badan kehakiman lebih-lebih lagi berhubung keputusan mahkamah.

"Sebagai ahli Badan Peguam, mereka diwajibkan untuk bertindak secara berterus terang, ihsan dan adil. Dan apa-apa serangan terhadap badan kehakiman yang melemahkan keyakinan orang ramai kepada institusi ini sama seperti serangan ke atas pentadbiran badan kehakiman," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Tahun Undang-Undang 2015 di sini, Sabtu.

Arifin berkata, beliau berpendapat tiada peguam yang layak mendapat biasiswa jika dia terus mencemarkan sistem dengan tingkah laku yang keterlaluan.

"Maruah dan penghormatan kepada profesion undang-undang ditentukan oleh cara para peguam menegakkan kedaulatan undang-undang, proses dan penghormatan yang sepatutnya kepada badan kehakiman," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas perkara yang sama dalam ucapannya, Abdul Gani memetik komen yang diterbitkan dalam satu daripada media alternatif dan telah diperkatakan oleh beberapa peguam.

Menurut ulasan itu, 'Para hakim di Malaysia gagal untuk menyedari bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di negara ini dan ini adalah sebab litigasi undang-undang awam telah mati di negara ini', katanya.

Seorang peguam telah dipetik sebagai telah menmenyebut mengenai perkara itu, kata Abdul Gani sambil menambah bahawa kritikan mestilah kritikan yang jujur dan bukan dengan cara ini.

"Kritikan yang dibuat terhadap badan kehakiman hendaklah dibuat di tempat yang betul dan dengan cara yang tidak wajar," katanya.

Lebih daripada 500 orang terdiri daripada anggota Badan Peguam, Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman menghadiri majlis separuh hari itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain