Letupan Bom: Anggota Tentera Kutip Mortar Tidak Meletup - Semasa | mStar

Letupan Bom: Anggota Tentera Kutip Mortar Tidak Meletup

KUALA LUMPUR: Siasatan awal polis mendapati anggota tentera yang maut bersama dua lagi mangsa dalam letupan bom di Kedah pada 24 Dis lepas, mengutip bom tidak meletup untuk diambil logam tembaganya, dan dijual kepada peniaga bahan lusuh.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata anggota tentera itu, Koperal Ayob Hassim, 34, dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun, menjual bahan logam itu untuk mencari pendapatan sampingan.

"Kami dapati beliau ambil bom itu di lapang sasar setelah ia tidak meletup dan bawa ke rumah untuk dipisahkan bagi mendapatkan tembaga dan dijualnya kepada kedai bahan lusuh sebagai pendapatan sampingan beliau.

"Pengambilan bom itu tidak digunakan bagi tujuan jenayah," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dalam kejadian letupan itu, Ayob, anaknya, Hidayah, 8, dan anak jiran mereka, Afiq Luqman Shahrizal, 4, maut apabila beberapa bom mortar meletup di rumah Ayob di Taman Ria Mesra, Gurun.

Kuasa letupan itu juga menyebabkan 40 buah rumah rosak di sekitarnya.

Noor Rashid menegaskan bahawa prosedur kawalan keselamatan terhadap persenjataan di kem tentera tempat Ayob bertugas telah dilaksanakan dengan betul.

"Tetapi elemen anggota tentera itu yang mempunyai kebenaran memasuki lapang sasar menyebabkan insiden letupan itu berlaku," katanya.

Beliau berkata laporan siasatan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara.


Mortar , Bom Gurun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain