suria

Tawaran Visa Percuma Bagi Pelancong China Sebelum Tahun Baru Cina

Mohamed Nazri Abdul Aziz menghadiahkan kad 'KL TravelPass' kepada pelancong asing yang baharu tiba, Dorota Poland selepas melancarkan kad berkenaan di Terminal KLIA pada Khamis. Kad Keluaran Express Rail Link Sdn boleh di tambah nilai untuk perjalanan menaiki ERL ke ibukota, menaiki bas Rapid KL dan memiliki ciri kad Touch N Go biasa.

SEPANG: Pelaksanaan visa percuma kepada pelancong China seperti dicadangkan harus disegerakan sebelum Tahun Baharu Cina bulan depan, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, cadangan itu tidak seharusnya ditangguhkan lagi memandangkan enam negara Asean iaitu Kemboja, Indonesia, Laos, Vietnam, Thailand dan Filipina telah menawarkan pengecualian bayaran visa kepada pelancong China yang terbukti meningkatkan jumlah ketibaan pelancong.

"Trend menunjukkan peningkatan, pelancong China sudah kembali dan angka pada Oktober, November dan Disember tahun lepas adalah menggalakkan.

"Saya merayu kepada Kementerian Dalam Negeri, jangan tunggu," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan KL TravelPass Express Rail Link (ERL) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Khamis.

Cadangan memperkenalkan sistem visa percuma kepada pelancong China adalah sebahagian daripada usaha untuk mencapai sasaran menarik 29.4 juta pelancong China ke Malaysia sempena Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015).

Ketika ditanya mengenai isu tinggal melebihi tempoh di Malaysia, Mohamed Nazri berkata pelancong tidak bertanggungjawab bagi masalah itu.

"Saya memberitahu Kabinet mereka yang tinggal melebihi tempoh di negara ini memasuki negara untuk tujuan pendidikan tetapi pelancong mempunyai tiket untuk balik.

"Ekonomi China berkembang dengan baik, pelancong mereka adalah pelancong yang berkualiti dan mereka mempunyai wang," kata beliau.

Visa Percuma

Artikel Sebelum

G25 Bakal Temui PM

Artikel Berikut

Artikel Lain