suria

Spad Nilai Bantuan Untuk Pengusaha Pengangkutan Awam Terlibat Banjir

Tan Sri Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) akan ke Kelantan bagi menilai bantuan yang boleh diberi kepada pengusaha pengangkutan awam darat (PAD) di negeri itu yang terjejas banjir.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata beliau sendiri akan ke Kelantan Jumaat ini untuk menghantar sumbangan kepada mangsa banjir selain melihat apa syor yang boleh diberi kepada kerajaan untuk membantu pengusaha berkenaan.

"Di Kelantan banyak pengusaha kereta sewa, bas ekspres, bas sekolah dan lain-lain, oleh itu kita akan buat kajian dan bekerjasama dengan agensi berkaitan sebelum mengesyorkankepada kerajaan bentuk bantuan itu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri penyampaian sumbangan pengendali industri pengangkutan awam dan badan bukan kerajaan untuk mangsa banjir bernilai RM126,500 di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan menilai kerosakan landasan kereta api di negeri itu yang terjejas teruk akibat banjir.

Tambahnya, pihaknya akan turut ke Pahang serta negeri lain yang terbabit banjir jika keadaan mengizinkan.

Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar

Artikel Lain