suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wisma Putra: Mayat Pelajar Malaysia Maut Dalam Rempuhan Di Shanghai Dijangka Tiba Esok

Mayat Tan Wei dijangka tiba di KLIA petang Isnin.
KUALA LUMPUR: Mayat pelajar Malaysia, Tan Wei yang terbunuh dalam insiden rempuhan pada malam sambutan Tahun Baru du Chen Yi Square, Shanghai, China akan tiba di tanah air untuk majlis pengebumian pada Isnin, menurut Kementeri Luar. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak kementerian berkata penghormatan terakhir dan upacara sembahyang mengikut istiadat buddha diadakan di Krematorium Shanghai, pada Ahad. 

Ibu bapa mendiang akan turut mengiringi jenazah pulang ke tanah air dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sebelah petang. 

Kementerian Luar memaklumkan seorang lagi mangsa yang cedera dalam insiden berkenaan, Ooi Hooi Yi kini sedang menjalani rawatan di Hospital ChangZheng dan dilaporkan bertambah pulih serta tidak mengalami sebarang pendarahan dalaman.

Artikel Lain