suria

Henti Sebar Berita Palsu, Bersatu Ketika Negara Dilanda Musibah - Wan Junaidi

Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
KUCHING: Penyebaran berita palsu ketika kerajaan bertungkus-lumus memberi bantuan kepada mangsa banjir khususnya di pantai timur, seharusnya tidak berlaku, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau mengambil contoh ketika banjir besar berlaku di England tahun lalu, bagaimana rakyat negara itu bersatu, tidak sekalipun menyalahkan kerajaan atau menyebar sebarang berita palsu.
 
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) turun padang (melawat mangsa banjir), dan itu bukan main-main tetapi betul-betul berlaku. Seharusnya lapor apa yang sebenarnya berlaku (bantuan-bantuan diberikan).
 
"Kita patut berbangga sebenarnya dengan apa yang kerajaan buat, kerajaan beri bantuan sehingga semua peringkat dari atas hingga ke bawah datang menghulur bantuan. Saya harap ketika ini perpaduan antara rakyat kekal dan jangan terlalu berpolitik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Chung Hua Sungai Buda, Bako dekat sini, hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini mengenai penjualan akhbar berbahasa asing di negara ini, Wan Junaidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang permit kebenaran untuk akhbar berkenaan dijual di negara ini.

Akhbar berkenaan melaporkan, akhbar berbahasa asing antaranya dari Myanmar, Bangladesh, Nepal dan Indonesia dijual dengan bebas di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur.
 
"Jika mana-mana akhbar berbahasa asing ingin dijual di negara ini, mereka perlukan kebenaran daripada KDN, sepertimana peraturan dikenakan kepada akhbar tempatan, katanya menambah akhbar berkenaan berkemungkinan diperoleh dari negara asal dan dijual secara senyap.

fitnah, berita palsu, musibah, banjir

Artikel Lain