suria

AirAsia QZ8501: Singapura Beri Kebenaran Penerbangan Surabaya-Singapura

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) berkata perkhidmatan penerbangan AirAsia Indonesia dari Surabaya ke Singapura telah mendapat kebenaran.

Sebelum sesebuah syarikat penerbangan melancarkan perkhidmatan antara dua destinasi, syarikat perlu mendapat kelulusan jadual penerbangannya daripada pihak berkuasa penerbangan awam di lapangan terbang yang kapal terbangnya berlepas dan mendarat, kata kenyataan bersama CAAS dan CAG hari ini.

Permohonan syarikat penerbangan akan dipertimbangkan oleh setiap pihak berkuasa penerbangan awam dengan mengambil kira hak lalu lintas udara yang ada di dalam perjanjian perkhidmatan udara berkaitan (ASA) dan slot berlepas dan mendarat yang ada daripada penyelaras slot masing-masing.

Di Singapura, AirAsia Indonesia telah memohon untuk melakukan penerbangan harian antara Surabaya dan Singapura untuk musim sejuk dari 26 Okt 2014 hingga 28 Mac tahun ini dengan mendarat di Lapangan Terbang Changi pada pukul 8.30 pagi dan berlepas ke Surabaya pada pukul 2.10 petang.

Penerbangan harian ini diluluskan kerana terdapat di dalam hak lalu lintas udara di bawah ASA dua hala dan slot di Lapangan Terbang Changi yang ada.

AirAsia Indonesia mempunyai empat penerbangan seminggu dalam laluan itu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Syarikat penerbangan boleh menyesuaikan kekerapan penerbangan mereka dalam sesuatu musim mengikut permintaan pasaran dan keperluan operasi. 

AirAsia, QZ8501, CAAS, CAG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain