suria

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Paya Di Temerloh

TEMERLOH: Mayat seorang lelaki ditemui di dalam paya berhampiran padang bola dekat Balai Raya Kampung Tanjung Batu di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Anuwar Osman berkata mayat Joel Kuzaini Karnaini, 25, beralamat di Kampung Paya Jauh, Temerloh, ditemui orang awam pada pukul 6.12 petang sebelum memaklumkannya kepada polis.

Beliau berkata mayat mangsa ditemui di dalam paya itu dalam keadaan lengkap berkemeja-T dan berseluar jeans sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.
 
"Selain itu, polis juga menemui satu kunci motosikal yang disimpan di dalam poket seluar hadapan mangsa dan ia sepadan dengan sebuah motosikal yang ditemui 100 meter dari tempat kejadian," katanya kepada Bernama hari ini.

Anuwar berkata keluarga mangsa juga sudah dimaklumkan dan mayat dicam oleh abang mangsa, Js Ronney Karnaini, 31, melalui gelang tangan yang dipakai dan jari hantu tangan kiri mangsa yang sedikit kudung.

Katanya hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah.

mayat dalam paya

Artikel Lain