suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Kekasih Disamun Ketika Tunggu Teksi

JOHOR BAHARU: Sepasang kekasih yang sedang menunggu teksi untuk ke tempat kerja di Taman Pelangi disamun tiga lelaki 5 pagi Sabtu.

Mereka kemudiannya mengugut pasangan tersebut untuk menyerahkan barangan bernilai berharga kira-kira RM300.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata ketiga-tiganya yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios ditahan anggota peronda polis (MPV) dan skuad Ninja kira-kira 45 minit kemudian di kawasan sekitar.
 
"Ketika kedua-dua mangsa yang berumur 18 dan 20 tahun sedang menunggu teksi untuk ke tempat kerja, dua daripada suspek yang bersenjatakan parang menghampiri dan mengugut mangsa supaya menyerahkan barangan berharga mereka," katanya.

Beliau berkata anggota MPV dan skuad Ninja yang menerima maklumat mengenai kejadian itu kemudiannya mengesan suspek di Jalan Tebrau sebelum memintas dan menahan mereka di Jalan Sutera.

Katanya pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemui dua bilah parang, sebilah pisau, empat buah telefon bimbit, alat pemotong dan beberapa barangan yang dipercayai disamun dari pasangan kekasih tersebut termasuk pasport dan cermin mata.

Siasatan mendapati seorang daripada mereka memiliki rekod jenayah berkaitan kes pecah rumah. 

samun

Artikel Lain