suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkhidmatan Bas Ekspres Ke Pantai Timur Pulih

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dihentikan sementara sejak 26 Disember lepas akibat banjir kini disambung semula. 

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Sememanjung Malaysia (PEMBAWA), Tajuddin Mohd Yunus berkata kebanyakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan dari ibu negara ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu sudah membuka semula perkhidmatan mereka.
 
"Namun laluan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan Pekan perlu melalui jalan alternatif seperti laluan Bahau, Muadzam Shah dan Rompin kerana laluan biasa telah dinaiki air," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata perjalanan ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu mungkin mengambil tempoh masa lebih lama kerana jalan masih dalam keadaan kurang baik.
 
"Contohnya jika kebiasaannya ia mengambil masa tujuh jam dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, kini ia mungkin mengambil masa sehingga sembilan jam kerana jalan rosak atau mungkin masih ditenggelami air," katanya.

Tajuddin berkata walaupun bas terpaksa melalui jalan alternatif yang lebih panjang, namun kadar tambang kekal seperti dahulu. 

"Pengusaha dan syarikat tidak dibenarkan mengambil kesempatan untuk menaikkan kadar tambang dengan alasan mereka menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh," katanya. 

Pada 29 Disember lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat menghentikan perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dilanda banjir dan menggalakkan syarikat menggunakan laluan alternatif.

bas ekspres, Pantai Timur

Artikel Berikut

Artikel Lain