suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCIT Tawar Khidmat Psikologi Kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT) telah membuka bilik gerakan operasi bagi mengumpul maklumat berhubung keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi mangsa dan petugas banjir.

MCIT dalam kenyataan di sini pada Selasa berkata bilik operasi yang dibuka di bangunan JPA Cyberjaya itu juga berfungsi menyelaras operasi MCIT di seluruh negara terutama di kawasan yang dilanda bencana.

Bilik operasi itu juga menyediakan perkhidmatan kaunseling secara atas talian melalui kaedah tele-kaunseling kepada individu yang memerlukan perkhidmatan disebabkan bencana yang terjadi.

Menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan kaunseling juga disediakan menerusi kaedah e-Kaunseling Perkhidmatan Awam (e-KPA) secara emel di http://www.interactive1.jpa.gov.my/ekpa/.

Bilik gerakan yang beroperasi bermula 8 pagi hingga 10 malam setiap hari itu boleh dihubungi di talian 03-83164397.

Banjir, JPAM, MCIT

Artikel Berikut

Artikel Lain