suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Tumpu Pencarian QZ8501 Di 11,000 Batu Nautika - Liow

Liow Tiong Lai.
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia membantu Indonesia dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang pada pagi Ahad.

"Kami akan mencari di dalam kawasan 11,000 batu nautika persegi ke timur Pulau Belitung.

"Tentera Laut Diraja Malaysia turut menggerakkan tiga kapal dan akan melakukan pencarian di kawasan tersebut," kata Liow.

Selain itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah menghantar sebuah pesawat C130, CN235 dan Beechcraft untuk membantu operasi SAR.

Liow berkata Malaysia sedia untuk mengerahkan lebih banyak aset sekiranya kerajaan Indonesia meminta untuk berbuat demikian.

Liow Tiong Lai, QZ8501

Artikel Sebelum

Banjir: JPAM Nafi Sekat Bantuan

Artikel Lain