suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Terima Bulat-Bulat Maklumat Banjir Di Media Sosial - Najib

Najib Tun Razak.

KUALA KANGSAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai supaya tidak menerima bulat-bulat berita berhubung banjir yang disebarkan melalui media sosial. 

Beliau berkata, berita yang boleh dipercayai adalah maklumat rasmi yang dikeluarkan kerajaan.

"Media sosial merupakan medium perantaraan sahaja dan ia tidak menentukan sesahihan dan kebenaran berita," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sayong di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas tentang penyebaran berita berunsur palsu di media sosial berhubung bencana banjir yang menimpa negara ketika ini.

Najib berkata, rakyat mesti berpegang kepada punca berita yang terjamin kesahihan dan kebenarannya.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan kerisauan dan mencemaskan rakyat.

"Saya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat mengesan mereka yang menyebarkan maklumat bersifat palsu ini dan patut ambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain