suria

QZ8501: AirAsia Tukar Warna Logo Di Laman Sosial

PETALING JAYA: Logo AirAsia di laman media sosialnya telah ditukar kepada warna kelabu berbanding merah sebelum ini berikutan kehilangan pesawat QZ8501 pada Ahad.

Warna logo di laman sosial Facebook dan Twitter itu ditukar selepas syarikat penerbangan berkenaan mengumumkan mengenai kehilangan pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Pertukaran warna logo turut dibuat terhadap semua laman sosial bersekutu kumpulan AirAsia.

Ketika insiden MH370 dan MH17, Penerbangan Malaysia (MAS) dan rakyat Malaysia turut menggunakan gambar profil di media sosial berwarna kelabu sebagai solidariti kepada mangsa dan keluarga.

Pesawat AirBus A320-200 yang membawa 162 penumpang itu dilaporkan hilang selepas 42 minit berlepas dari Surabaya.

Usaha mengesan pesawat berkenaan sedang giat dilakukan di perairan negara berkenaan, berhampiran Kalimantan.

AirAsia, Indonesia, Pesawat Hilang

Artikel Lain