suria

QZ8501: AirBus Nilai Situasi, AirAsia Dedah Warga Negara Penumpang

KUALA LUMPUR: AirBus dalam laman Twitternya mengesahkan syarikat itu sudah 'dimaklumkan mengenai kejadian itu' dan segala usaha sedang dilakukan untuk menilai situasi selepas AirAsia mengumumkan kehilangan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Sementara itu AirAsia mendedahkan, penumpang penerbangan QZ8501 terdiri daripada 156 warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing satu dari Malaysia, Perancis serta Singapura.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes menyeru kesemua kakitangan syarikat penerbangan tambang murah berkenaan agar lebih kuat menghadapi dugaan tersebut.

"Kami (AirAsia) akan mengeluarkan kenyataan secepat mungkin, terima kasih terhadap semua doa," katanya

AirBus, AirAsia

Artikel Lain