suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

QZ8501: Malaysia Sedia Bantu Indonesia Cari Pesawat Hilang

KUALA LIPIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sedia membantu Indonesia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 pada Ahad.

Mengakui masih menunggu butiran lengkap berhubung kejadian itu, beliau berkata apa yang dapat disahkan setakat ini ialah pesawat milik Indonesia itu telah hilang daripada radar selepas berlepas.

"Ini bermakna kemungkinan besar satu musibah telah berlaku pada pesawat tersebut.

"Itu saja yang saya dapat tahu dan kita akan bantu untuk mencari apa yang telah berlaku kepada pesawat itu," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Padang Tengku di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai pesawat AirAsia Indonesia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini waktu tempatan.

Pesawat yang hilang itu ialah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.


QZ8501, AirAsai

Artikel Lain