Musibah Banjir Berkait Dengan Perbuatan Manusia - Sultan Kelantan - Semasa | mStar

Musibah Banjir Berkait Dengan Perbuatan Manusia - Sultan Kelantan

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu seluruh rakyat supaya menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait daripada perbuatan manusia.

Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita.

"Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak," titah baginda dalam teks yang diedarkan kepada media di sini.

Baginda juga mahu rakyat agar tidak menyebarkan berita yang boleh menambahkan kekeruhan terhadap musibah yang berlaku itu.

"Janganlah ada dalam kalangan ahli masyarakat yang tidak sensitif dan ingin menangguk di air keruh dengan menyebarkan berita-berita yang boleh menambahkan kekeruhan dan kekusutan," titah baginda.

Titah baginda ujian yang dialami ketika ini bukan masanya untuk saling menyalahkan sesama sendiri.

Baginda turut mengucapkan takziah kepada rakyat Kelantan yang terjejas banjir dan berharap mereka menerima ketentuan Allah itu dengan penuh berlapang dada.

"Banjir yang berlaku ini adalah sebahagian daripada qada dan qadar Allah. Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda.


Banjir , Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain