suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Selangor Batal Sambutan Tahun Baharu - Azmin

Mohamed Azmin Ali.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membatalkan program hiburan sempena sambutan ambang Tahun Baharu sebagai tanda menghormati ribuan mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di beberapa negeri.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, pelbagai aktiviti dibawah program Temasya Selangor 15 untuk sambutan Tahun Baharu telah dibatalkan.

"Kami turut mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember ini di i-City Shah Alam, berdasarkan prinsip yang sama," katanya kepada pemberita di bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Jumaat sebelum berlepas ke Kota Baru, Kelantan untuk membantu mangsa banjir.

Azmin berkata beliau turut berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan mengarahkan setiap masjid untuk mengadakan Solat Hajat bagi mendoakan kesejahteraan mangsa yang terjejas akibat bencana itu.

Lebih 100,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas banjir buruk melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Artikel Sebelum

Artikel Lain