suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LZS Agih RM492 Juta Wang Zakat Sehingga Bulan Lepas

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan agihan zakat sebanyak RM500 juta sehingga akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Katanya, sebanyak RM492 juta wang zakat itu telah diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini tahun ini hingga November.

"Kami yakin, berdasarkan pengalaman, di akhir tahun jumlah kutipan zakat akan meningkat.

"Ini membolehkan LZS menyalurkan lebih banyak agihan wang zakat kepada golongan asnaf," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bayaran Zakat Perniagaan dan Pengagihan Zakat di sini, Selasa.

Turut menerima agihan zakat itu ialah 291 orang anak fakir dan miskin yang melanjutkan pelajaran di Universiti Industri Selangor.

Pada majlis itu, LZS menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah kira-kira RM1.2 juta dari 29 buah syarikat antaranya Sirim QAS International Bhd dan AmIslamic Bank Bhd.

LZS juga menyampaikan pelbagai jenis bantuan zakat berjumlah kira-kira RM2.4 juta termasuk van jenazah kepada 10 masjid.

Artikel Sebelum

Warga Myanmar Dalang Pati

Artikel Berikut

Artikel Lain