suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kontraktor Binaan, Sepupu Didakwa Culik Dan Bunuh

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pembinaan dan sepupunya pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menculik seorang peniaga dengan tujuan membunuh, bulan lepas.

K.Arul Nathan, 41, dan pemandu lori A.Laurence, 21, bersama dua lagi rakan yang masih bebas didakwa dengan niat bersama menculik Davic Vartan, 33, seorang lelaki warga India, supaya dia dibunuh di No. 126, Tingkat 1, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utama, Sentul di sini pada 6.10 petang, 12 Nov lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu serius dan kebarangkalian tertuduh mengganggu saksi pendakwaan adalah tinggi kerana kejadian culik itu berlaku di premis perniagaan mangsa.

Peguam P. Suresh, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan Arul Nathan dan Laurence merupakan penanggung tunggal keluarga.

Hakim Ahmad Bache tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Jan untuk sebutan.


Culik, Bunuh, Kotraktor

Artikel Sebelum

Artikel Lain