suria

KPDNKK Terbit Buku Panduan Barangan Dikenakan GST

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menerbitkan buku panduan bagi memudahkan pengguna mengetahui jenis barangan yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai April tahun depan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hassan Malek berkata buku panduan itu merangkumi harga pelbagai jenis barangan sebelum dan selepas dikenakan GST bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan harga.

Beliau berkata buku panduan itu akan diedarkan mulai 1 Februari depan selain disediakan secara dalam talian, katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat CNI Holdins Berhad di sini, Selasa.

Hassan berkata, bagi barangan yang dijual secara jualan langsung, pengguna diminta merujuk buku panduan itu atau mendapatkan maklumat secara terus dengan Kementerian Kewangan mengenai jenis barang yang dikenakan GST.

Ketika ditanya mengenai jangkaan harga petrol bagi Januari ini, Hassan berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai harga baharu bahan bakar itu.

Beliau berkata, sebarang keputusan mengenainya hanya akan diumumkan pada hari pertama setiap bulan.

"Saya tak nak ramalkan...untuk hari ini, itu adalah harga untuk bulan ini berdasarkan kajian harga pada bulan lepas.

"Untuk Januari, kita akan umumkan kemudian dan ia bergantung kepada trend harga minyak semasa," katanya.

Bulan lepas, kerajaan memutuskan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini.

KPDNKK, GST, Hassan Malek

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain