suria

Kisah Datuk Bandar London Yang Tidak Seperti Ahli Politik Kebanyakan

Eksklusif KUALA LUMPUR: Berjiwa besar, pintar dan prihatin. Inilah antara gelaran yang sering diberikan kepada Datuk Bandar London Boris Johnson oleh peminat dan pengkritik, tetapi tidak sesekali dilihat sebagai seorang ahli politik biasa dan 'kebanyakan' oleh mereka.

Ahli politik berusia 50 tahun dari Parti Konservatif ini adalah seorang tokoh yang paling ceria di Britain dan timbul spekulasi bahawa beliau merupakan calon berpotensi untuk menggantikan David Cameron sebagai Perdana Menteri.

Berada di Malaysia baru-baru ini untuk menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan, Johnson duduk untuk satu temu bual bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Publications (M) Bhd Datuk Seri Wong Chun Wai.

Beliau ditanya tentang reputasi dirinya yang 'tidak konvensional', bertentangan dengan apa yang biasanya diharapkan oleh sesetengah pihak terhadap seorang ahli politik.

"Ia berlaku secara tidak sengaja," kata Johnson sambil tersenyum lebar.

"Saya sentiasa cuba (menjadi ahli politik biasa) tetapi matlamat saya adalah untuk memberi khidmat kepada warga London."

Latar belakang Johnson sesuai dengan kepelbagaian London, sebuah bandar di mana 40 peratus daripada penduduknya lahir di luar Britain.

Dilahirkan di New York, moyangnya, Ali Kemal Bey berdarah Turki pernah berkhidmat sebagai Menteri Dalaman dalam kerajaan Ahmed Tevfik Pasha, ketika zaman Empayar Uthmaniyyah.

Beliau telah berkahwin dengan peguam Marina Wheeler, berdarah kacukan India.


Bersambung...

Artikel Lain